September 28, 2010

Tips mengambil gambar seperti pro dengan kamera autofokus anda

Adakah anda mengalami masalah kamera anda tidak menghasilkan gambar seperti yang anda ingini. Kebanyakan masalah adalah berpuncak dari kekurangan kamera auto fokus hingga menyebabkan beberapa fungsi tidak dapat digunakan seperti mengambil gambar laju, atau dalam cahaya terlalu malap atau terang. Di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan, sama ada kamera anda canggih atau tidak.

OBJEK FOKUS DI SISI GAMBAR
Adakah kamera anda membataskan anda dari mengambil gambar dengan objek utama di tepi? Contohnya jika anda ingin mengambil gambar rakan anda ditepi dengan berlatar-belakangkan pemandangan yang indah? Masalah ini boleh diatasi dengan menekan separuh butang shutter sehingga frame bertukar dari merah menjadi hijau. Jangan lepas butang, kalau tidak ia akan memfokus semula. Semasa frame masih hijau, alihkan fokus anda kepada latarbelakang yang anda inginkan sambil objek utama berada di sisi gambar yang anda ingin ambil. Bila sudah pasti baru tekan butang shutter sepenuhnya, dan voila! Gambar anda ambil seperti pro. Anda boleh cuba sama ada kamera anda boleh mempunyai butang shutter yang boleh ditekan separuh - ataupun bila ditekan sedikit boleh memulakan fokus tanpa mengambil gambar tersebut. Teknik yang dinamakan pre-focussing ini juga berguna untuk mengambil gambar laju seperti perselisihan kapalterbang semasa pertunjukan udara dimana anda perlu menekan butang untuk mengambil aksi spontan tanpa perlu memfokus terlebih dahulu.

GABUNGAN GAMBAR TERLALU KELAM DAN TERLALU TERANG
Contohnya adalah bila cahaya matahari disebalik pemandangan tunggul batu di tengah laut yang anda
ingin ambil terlalu terang dan kamera anda enggan mengambil gambar tersebut. Teknik ini sesuai jika
kamera anda dalam mod auto tanpa SLR iaitu skrin yang menunjukkan rupa sebenar gambar yang diambil pada kamera anda. Gunakan teknik prefocussing seperti di atas dengan memfokus sehingga frame telah bertukar hijau, kemudian tekan butang separuh untuk lock fokus dan ambil gambar seperti yang anda ingini sebelum menekan butang shutter sepenuhnya. Ini mungkin berguna jika anda ingin mengambil gambar artistik yang tidak boleh diambil dengan memfokus secara biasa


bikin website desain,www.akubisanaikkelas.com
 jasa foto |  jasa foto jasa foto jasa foto |  jasa foto |  jasa foto |  jasa foto jasa foto |

Share:

0 komentar:

Post a Comment

Berkomentarlah yang baik dan bermanfaat bagi semua orang, jika kamu mau menempatkan link url pastikan berikan informasi yang bermanfaat pula