May 20, 2010

Tips membeli Peralatan Katering

Modal permulaan diperlukan untuk membeli peralatan utama katering yaitu bekas keluli (chafing dish) untuk mengisi nasi dan lauk-pauk beserta set berkaitan, pinggan mangkuk, cawan dan gelas, sudu dan garfu, bekas air sejuk dan panas (paling kecil bekas 8 liter) dan kain alas meja. Ini adalah senarai peralatan asas yang paling utama.

Harus diambil perhatian, saya tidak mengalakkan anda membeli pinggan-mangkuk dan gelas atau cawan yang diperbuat dari kaca, kerana ia sukar untuk dikendalikan dan mudah pecah. Dapatkan peralatan yang dihasilkan dari melamine, walaupun ianya agak mahal. Banyak pilihan warna yang boleh dibuat. Tetapi banyakkan pinggan-mangkuk berwarna putih kerana ianya sesuai untuk semua keadaan dan majlis.

Namun cawan yang diperbuat dari seramik atau kaca berat (kaca bukan lutsinar) perlu ada untuk majlis seperti mesyuarat dan majlis yang berlangsung di pejabat kerajaan. juga majlis seperti sambutan hari jadi dan perjumpaan khusus di sesuatu premis meminta supaya kateter menggunakan set cawan seamik atau kaca berat ini.

sesetengah majlis atau acara tidak memerlukan anda menggunakan cawan / gelas kaca atau melamine dan pinggan atau piring melamine. Cukup sekadar anda membeli cawan dan pinggan yang diperbuat dari kertas atau styrofoam. Untuk selamat, anda perlu sediakan stok yang agak memadai supaya tidak kelam kabut apabila ada majlis yang perlukan peralatan pakai buang ini.

Bagi mendapatkan harga yang agak berpatutan, sila kunjungi kedai-kedai pemborong peralatan dapur, restoran dan katering yang ada di beberapa lokasi sekitar . Kalau anda berada di sekitar Selangor dan , boleh dapatkan peralatan katering di Pasar Chow Kit atau di kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Anda boleh juga dapatkan di Langkawi atau di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan
Share:

1 comment:

  1. ade buat perkhidmatan penghantaran barang katering ke johor tak sebab memang tengah mencari peralatan catering yang berpatutan harganya...

    ReplyDelete

Berkomentarlah yang baik dan bermanfaat bagi semua orang, jika kamu mau menempatkan link url pastikan berikan informasi yang bermanfaat pula